Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Kejohanan Tenis MAKSAK Peringkat Daerah Kemaman 2013 PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Khamis, 04 April 2013 04:00

MAKSAK MAKSAK2

Kemaman – Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (KESUKE) telah menganjurkan Kejohanan Tenis Maksak Daerah Kemaman bagi Tahun 2013 pada 5 hingga 6 April 2013 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kejohanan yang dilangsungkan di Gelanggang Tenis Kemaman bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 7.00 petang. Kejohanan ini telah melibatkan seramai 23 orang peserta yang terdiri dari kakitangan kerajaan dan badan berkanun seperti Jabatan Pelajaran, Majlis Perbandaran Kemaman, INTAN Wilayah Timur Kemaman, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Hutan, dan TATI University College (TATiUC).

 

 

Acara yang dipertandingkan ialah perseorangan lelaki dan beregu lelaki. Perlawanan perseorangan lelaki dijalankan secara kalah mati dan acara beregu pula dijalankan secara liga.

Bagi acara perseorangan lelaki, tempat pertama dimenangi oleh En. Zuraimi bin Abd Wahab dari SRK Seri Bandi 2, manakala tempat kedua pula En. Mohd Azmi bin Mat Jusoh dari Jabatan Penerangan. Tempat ketiga bersama disandang oleh En. Mohd Ramzi bin Mohd Noor dari SMK Cheneh Baru dan Dr. Md. Ramzi b. Abd Rahman dari Hospital Kemaman.

Bagi acara beregu lelaki pula, johan berjaya disandang oleh regu En. Hamazah bin Ismail dan En. Ahmad Ramzi bin Mohd Noor. Naib johan pula En. Mohd Sameri bin Bidin dan En Zuraimi bin Abd Wahab, manakala ketiga bersama En. Hasim bin Musa dan En. C. W. Zaaba bin C. W. Zukifli serta En. Roslan bin Ghani dan En. Manan bin Bakar.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Zalizan bin Sulong, Penolong Kanan Pegawai Daerah.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 27 Mei 2014 15:32
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1710 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN
Jalan Sentosa, 24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8591616/8591961
FAX PTK: +609-8594401
FAX PDK:+609-8594954
E-Mail E-mail PDTK :
ptkemaman@terengganu.gov.my
pdk@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
Perkhidmatan Online
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Pembangunan dan Pelupusan Tanah
Jadual Penghulu Bertugas & Penyaksian
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Selasa 20 Jun 2017, 14:44
Jumlah Pelawat :
821121
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    Visit Terengganu : http://www.terengganutourism.com    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday114
mod_vvisit_counterYesterday237
mod_vvisit_counterThis week630
mod_vvisit_counterLast week1795
mod_vvisit_counterThis month6800
mod_vvisit_counterLast month8509
mod_vvisit_counterAll days821121

QR Kod PDTK :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman