Oleh Administrator
|
Rabu, 05 Mac 2014 13:58 |

Lokasi Pantai Telaga Simpul ialah di Teluk Kalong dalam Daerah Kemaman, Terengganu. Pantai Telaga Simpul terletak 15 km dari Bandar Chukai, iaitu kira-kira 15 minit perjalanan. Ia merupakan satu lagi destinasi pelancongan menarik di Kemaman.

Pantai Telaga Simpul sering menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari minggu dan hari kelepasan. Pantai yang cantik, pemandangan indah dan suasana redup di Pantai Telaga Simpul memberi ketenangan kepada pengunjung yang berkunjung ke sini.

Aktiviti yang menjadi pilihan pengunjung di Pantai Telaga Simpul ialah berkelah, berehat dan beriadah. Antara kemudahan yang terdapat di Pantai Telaga Simpul ini ialah wakaf, taman permainan, gerai makan, kiosk perniagaan, tandas awam, tong sampah dan surau. Sekiranya anda di Daerah Kemaman, berkunjunglah ke Pantai Telaga Simpul.

|
DiKemaskini Pada Sabtu, 17 Mei 2014 19:02
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2011 kali.
|