Seminar dan Dialog Pewarisan Harta Pusaka Peringkat Negeri Terengganu Bagi Daerah Kemaman 2016 |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDK |
Sabtu, 06 Agustus 2016 12:32 |
31 JULAI 2016 – Seminar dan Dialog Pewarisan Harta Pusaka Peringkat Negeri Terengganu Bagi Daerah Kemaman 2016 anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah diadakan di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman pada 31 Julai 2016. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Dato’ Dr. Sallehuddin bin Ishak. Pembentangan kertas kerja 1 dengan tajuk Pewarisan Harta – Kesedaran dan Peranan J3K disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Pembahagian Pusaka Terengganu Selatan, Encik Wan Mohd Baharudin bin Wan Nawang dan dimoderatkan oleh Ustaz Haji Ahmad Jauzy bin Abdul Rahman, Penghulu Mukim Chukai. Pembentangan kertas kerja 2 pula telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Najib bin Mohamad, Hakim Mahkamah Syariah dengan tajuk Harta Sepencarian, Hibah dan Wasiat dan telah dimoderatkan oleh Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar bin Mohamed. Sesi dialog dan soal jawab berlangsung sebelum majlis bersurai pada jam 1.30 tengahari.
|
DiKemaskini Pada Isnin, 22 Agustus 2016 18:56
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3849 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
|
Jumlah Pelawat : | 1795169 | (Statistik Penuh) |
|