Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
SAMBUTAN HARI KELUARGA PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN 2018 PDF Cetak E-mail
Oleh PDK   
Ahad, 12 Agustus 2018 20:58


KEMAMAN – Kelab Sukan dan Kebajikan PDTK (KESUKE) telah menganjurkan Hari Keluarga Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman bertempat di Pantai Teluk Kalong, Kemaman pada Sabtu, 11 Ogos 2018 lalu. Walaupun sibuk dengan tugas harian, ia tidak menghalang warga PDTK bersama ahli keluarga masing-masing untuk turut sama meriahkannya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sempena sambutan berkenaan, antaranya pertandingan memancing, memanah, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah cari gula-gula dalam tepung dan bawa bola pingpong dalam sudu bagi kanak-kanak. Manakala untuk kategori dewasa, acara yang dipertandingkan adalah terompah gergasi, rakit darat, tarik tali dan rebut kerusi. Selain itu, bagi wanita dewasa dan ibu hamil turut disediakan acara musang berjanggut dan kutip kacang hijau guna chopstick.

Kemuncak acara adalah penyampaian hadiah cabutan bertuah yang antaranya merupakan barangan elektrik seperti tv lcd, peti sejuk, dan mesin basuh. Turut disediakan hadiah berupa jam tangan berjenama, telefon bimbit, basikal dan banyak lagi.

Disamping meraikan ahli-ahli KESUKE, aktiviti seperti ini juga turut dapat mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan lagi semangat berpasukan antara satu sama lain.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 01 Oktober 2018 19:45
Jumlah Capaian Ke Laman ini :120 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN
Jalan Sentosa, 24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8591616/8591961
FAX PTK: +609-8594401
FAX PDK:+609-8594954
E-Mail E-mail PDTK :
ptkemaman@terengganu.gov.my
pdk@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
Perkhidmatan Online
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Pembangunan dan Pelupusan Tanah
Jadual Penghulu Bertugas & Penyaksian
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Selasa 16 Oktober 2018, 20:09
Jumlah Pelawat :
978519
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    Visit Terengganu : http://www.terengganutourism.com    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday185
mod_vvisit_counterYesterday417
mod_vvisit_counterThis week2073
mod_vvisit_counterLast week4053
mod_vvisit_counterThis month13347
mod_vvisit_counterLast month11065
mod_vvisit_counterAll days978519

QR Kod PDTK :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman