Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Tahniah dan Syabas Penarafan 5 Bintang SSRPT PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Rabu, 05 Desember 2018 19:09

Kemaman, 3/12/2018 - Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengarah Pejabat Tanah  dan Galian , Tuan Haji Zainal Abidin Hussin diiringi Tuan Haji Mohamad bin A.Rahman @ Othman(KPPT) dan Y.M Tuan Syarifah Khairuzita (PKPT) telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang (SSR) Prntadbiran Tanah Tahun 2018 dalam Majlis Tanah Negara ke -74 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Bangunan Utama Parlimen, Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan keterujaannya ketika menerima Anugerah Penarafan Bintang tersebut. "Ini pengiktirafan paling besar buat kakitangan dan seluruh warga PDT. Sesungguhnya amat banyak usaha yang diperlukan untuk kita sampai ke peringkat ini. Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada agensi lain untuk mencapai kejayaan yang sama. Kerajaan negeri akan sentiasa berdiri bersama pegawai-pegawai kita dalam membina kecemerlangan," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis  yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-74 di bangunan Parlimen Malaysia

Pejabat Tanah Kemaman mendapat penarafan lima bintang apabila menduduki tempat kedua terbaik seluruh negara dengan markah 93.61 peratus di belakang PDT Seberang Perai Tengah (95.01%).

Sekalung Tanhiah dan Syabas di atas kejayaan Pejabat Tanah Kemaman yang telah berjaya mendapat 5 bintang dalam pengauditan Penarafan Bintang (Sistem Star Rating). Pentadbiran ini berharap agar kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi dapat diteruskan di masa-masa akan datang ke arah mencapai mutu penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah yang bertaraf dunia serta berintegriti, boleh dipercayai, efisyen dan memenuhi aspirasi negeri dan rakyat.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 08 Desember 2018 14:22
Jumlah Capaian Ke Laman ini :250 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN
Jalan Sentosa, 24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8591616/8591961
FAX PTK: +609-8594401
FAX PDK:+609-8594954
E-Mail E-mail PDTK :
ptkemaman@terengganu.gov.my
pdk@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
Perkhidmatan Online
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Pembangunan dan Pelupusan Tanah
Jadual Penghulu Bertugas & Penyaksian
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Sabtu 27 July 2019, 13:43
Jumlah Pelawat :
1058988
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    Visit Terengganu : http://www.terengganutourism.com    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday109
mod_vvisit_counterYesterday110
mod_vvisit_counterThis week109
mod_vvisit_counterLast week789
mod_vvisit_counterThis month3315
mod_vvisit_counterLast month4734
mod_vvisit_counterAll days1058988

QR Kod PDTK :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman