Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
WALIMATULURUS PERDANA 2018 PDF Cetak E-mail
Oleh PDK   
Sabtu, 08 Desember 2018 13:48

 

KEMAMAN – Sebanyak 21 pasangan pengantin dalam kawasan Parlimen Kemaman diraikan oleh kerajaan negeri dalam Program Walimatul Urus Perdana yang telah diadakan pada 24 November 2018, Jumaat lalu. Terdahulu pasangan pengantin diakad nikah secara serentak di Masjid Sultan Ahmad, Chukai.

Seterusnya pasangan pengantin diraikan di Majlis Perasmian dan Resepsi bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman dengan disertai oleh ahli keluarga dan kenalan masing-masing. Mereka adalah kalangan 190 pasangan muda di seluruh negeri yang melangsungkan perkahwinan beramai – ramai dan detik bersejarah dalam kehidupan itu dimeriahkan dengan sambutan yang dibiayai oleh kerajaan negeri di setiap kawasan Parlimen.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah bin Mat. Dalam majlis berkenaan, pasangan pengantin turut menerima kad nikah, cek bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman YB Che Alias Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, YB Ab. Razak Ibrahim,  ADUN Kemasik, YB Ir. Saiful Azmi Suhaili; Pegawai Daerah, Haji Johan bin Ibrahim dan Pegawai Agama Daerah, Mohammad Zamri Nik.

 

 

DiKemaskini Pada Selasa, 11 Desember 2018 16:08
Jumlah Capaian Ke Laman ini :103 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN
Jalan Sentosa, 24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8591616/8591961
FAX PTK: +609-8594401
FAX PDK:+609-8594954
E-Mail E-mail PDTK :
ptkemaman@terengganu.gov.my
pdk@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
Perkhidmatan Online
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Pembangunan dan Pelupusan Tanah
Jadual Penghulu Bertugas & Penyaksian
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Isnin 11 Mac 2019, 18:59
Jumlah Pelawat :
1034126
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    Visit Terengganu : http://www.terengganutourism.com    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday127
mod_vvisit_counterYesterday192
mod_vvisit_counterThis week1610
mod_vvisit_counterLast week3180
mod_vvisit_counterThis month8682
mod_vvisit_counterLast month12809
mod_vvisit_counterAll days1034126

QR Kod PDTK :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman