Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
PROGRAM KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU 2020 PDF Cetak E-mail
Oleh PDK   
Isnin, 28 September 2020 15:16

 

TERENGGANU – Program Perkampungan Budaya Terengganu 2020 telah berlangsung pada 4 hingga 6 September 2020 bertempat di Perkarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu dan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar.

Selain memaparkan lapan elemen penting dalam warisan sejarah Melayu Terengganu iaitu rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berpeleh, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Limas Bungkus atau Istana Tengku Long, Galeri Pelayaran; Rumah Nelayan dan Laman Warisan, kampung Budaya Terengganu turut menempatkan dua perahu besar tinggalan sejarah.

Setiap elemen tersebut mempunyai identiti yang sinonim dengan setiap daerah di Terengganu dan diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing yang digelarkan ‘bapa angkat’. Daerah Kemaman telah mempersembahkan tema Kampung Nelayan Tradisional.

Antara demonstrasi dan pameran yang ditunjukkan oleh wakil Daerah Kemaman ialah Pameran Rumah Nelayan Tradisional, demo penghasilan keropok lekor dan keropok keping, demo penghasilan belacan, demo penghasilan dan pembakaran satar dan otak-otak, demo penghasilan dan pembakaran lemang, demo pembuatan bubu dan pameran beto ketam, pameran tuntung, permainan dam haji, demo pembuatan pukat dan jala, pameran jemuran ikan kering dan lain-lain.

 

 

DiKemaskini Pada Isnin, 05 Oktober 2020 15:12
Jumlah Capaian Ke Laman ini :307 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN
Jalan Sentosa, 24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-8591616/8591961
FAX PTK: +609-8594401
FAX PDK:+609-8594954
E-Mail E-mail PDTK :
ptkemaman@terengganu.gov.my
pdk@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
Perkhidmatan Online
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Pembangunan dan Pelupusan Tanah
Jadual Penghulu Bertugas & Penyaksian
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Ahad 10 Januari 2021, 20:49
Jumlah Pelawat :
1435895
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    Visit Terengganu : http://www.terengganutourism.com    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday952
mod_vvisit_counterYesterday1149
mod_vvisit_counterThis week2101
mod_vvisit_counterLast week7477
mod_vvisit_counterThis month23534
mod_vvisit_counterLast month40271
mod_vvisit_counterAll days1435895

QR Kod PDTK :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman