Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir di Daerah Kemaman |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Selasa, 22 Desember 2020 17:02 |
22 Disember 2020 - Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin yang hadir ke Kemaman sempena Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir di Daerah Kemaman.
Taklimat Pengurusan Bencana Banjir Daerah Kemaman disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar dihadapan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Terengganu semasa lawatan YAB Perdana Menteri ke PPS SK Bukit Mentok, Air Putih, Kemaman.
Besar harapan kami warga Kemaman agar cadangan bagi mengurangkan risiko banjir Daerah Kemaman yang dibentangkan oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman iaitu Projek Naik Taraf Sistem Perparitan dan Pembentungan Kepada Jambatan di Teluk Kalong, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kemasik dapat dipertimbangkan untuk kebaikan masyarakat khususnya di Daerah Kemaman.
Terima kasih YAB Perdana Menteri Malaysia dari kami warga Kemaman.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 22 Desember 2020 17:24
Jumlah Capaian Ke Laman ini :412 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Sabtu 02 July 2022, 19:41
|
Jumlah Pelawat : | 1690645 | (Statistik Penuh) |
|