KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA YANG DI-PERTUAN MUDA TERENGGANU DAN YANG AMAT MULIA PADUKA ANAKANDA-ANAKANDA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA DI DAERAH KEMAMAN. |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDK |
Sabtu, 09 Januari 2021 19:31 |
KEMAMAN – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda telah berkenan untuk berangkat mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kemaman hari ini, 9 Januari 2021 (Sabtu).
DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu berangkat tiba bersama-sama Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato' Mohd Zahari bin Azahar.
DYTM Yang di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda berkenan mencemar duli melawat beberapa PPS Daerah Kemaman antaranya PPS Dewan Berlian (528 keluarga), PPS SK Seri Iman (339 keluarga), PPS SMA Al Falah (165 keluarga) dan PPS SK Cukai (185 keluarga).
|
DiKemaskini Pada Sabtu, 09 Januari 2021 20:39
Jumlah Capaian Ke Laman ini :487 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Sabtu 02 July 2022, 19:41
|
Jumlah Pelawat : | 1690660 | (Statistik Penuh) |
|