MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN WANG IHSAN KUMPULAN WANG AMANAH BANTUAN BENCANA NEGARA (KWABBN) PERINGKAT DAERAH KEMAMAN BAGI DUN CHUKAI |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDK |
Ahad, 21 Agustus 2022 14:03 |
Sekitar Majlis Penyerahan Wang Ihsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) Daerah Kemaman 2022 bagi DUN Cukai. Majlis yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Ogos 2022 bertempat di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman itu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Che Alias Hamid, Ahli Parlimen Kawasan Kemaman. Kira-kira 2,475 ketua isi rumah dari sekitar DUN Cukai yang terjejas akibat bencana banjir menerima bantuan tersebut. Yang Berhormat Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Kawasan Cukai turut hadir menyampaikan bantuan tersebut kepada beberapa penerima sebagai gimik penyerahan pada hari kedua berlangsung. Di majlis yang sama, pihak MAIDAM Negeri Terengganu turut menyampaikan bantuan tunai kepada ketua isi rumah yang ditimpa musibah banjir. Dengan adanya bantuan tunai seperti ini, dapatlah mengurangkan beban mangsa untuk meneruskan kehidupan pasca banjir. Turut hadir, Puan Hanum Isa @ Ghazali, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Muhammad Tarmidhi Rani, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Encik Abd Fattah Mamat, Pegawai MAIDAM Daerah Kemaman, Encik Mohd Zazarin Abdul Ghani, Penghulu Kanan Daerah Kemaman, dan Kapt. (PA) Mohd Suhaimi Awang @ Muhammad, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kemaman.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 11 Oktober 2022 14:16
Jumlah Capaian Ke Laman ini :301 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
|
Jumlah Pelawat : | 1795105 | (Statistik Penuh) |
|