MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN WANG IHSAN KUMPULAN WANG AMANAH BANTUAN BENCANA NEGARA (KWABBN) PERINGKAT DAERAH KEMAMAN BAGI DUN AIR PUTIH |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh PDK |
Ahad, 21 Agustus 2022 14:04 |
Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) peringkat Daerah Kemaman bagi DUN Air Putih. Majlis yang diadakan pada 17,18 & 20 Ogos 2022 telah menyempurnakan serahan bantuan tunai kepada 3,997 ketua isi rumah yang ditimpa musibah banjir di sekitar DUN Air Putih. Majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman itu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Che Alias Hamid, Ahli Parlimen Kawasan Kemaman diiringi Yang Berhormat Haji Ab. Razak Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih. Pada majlis yang sama, pihak MAIDAM Negeri Terengganu juga turut menyampaikan bantuan tunai kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir. Hadir sama, Cik Noor Hafiza Mohd, Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Encik Muhammad Tarmidhi Rani, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Encik Abd Fattah Mamat, Pegawai MAIDAM Daerah Kemaman, Kapt. (PA) Mohd Suhaimi Awang @ Muhammad, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kemaman, Encik Mohd Azlan Ibrahim, Penghulu Mukim Tebak dan Encik Mohamad Sulaiman Jusoh, Penghulu Mukim Jabor/Bandi.
|
DiKemaskini Pada Selasa, 11 Oktober 2022 14:15
Jumlah Capaian Ke Laman ini :307 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
|
Jumlah Pelawat : | 1795121 | (Statistik Penuh) |
|