Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ke Daerah Kemaman |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Rabu, 04 Januari 2023 16:09 |
Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ke Daerah Kemaman pada hari ini. Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri telah di sambut oleh YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Daerah Kemaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kemaman di Landing Point Zoo Kemaman. Sejurus selepas itu, beliau terus bergerak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Seri Iman , Cukai bagi melawat mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. YBrs. Tuan Pegawai Daerah juga memberi taklimat ringkas berkenaan situasi banjir di daerah Kemaman. YAB Timbalan Perdana Menteri juga turut melawat beberapa kawasan penempatan yang dilanda musibah bencana banjir di sekitar Kampung Bukit Mentok. Turut hadir sama, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YH. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Pembangunan Negeri Terengganu, YDH. DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa, Ketua Polis Terengganu, Lt. Kol. (PA) Mohd Rosman bin Abdullah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu, YB Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kawasan Kemaman, YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, ADUN Kawasan Kijal merangkap Pengerusi KETENGAH serta YDH. Superintendan Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis daerah Kemaman.
22 Disember | Khamis 27 Jamadil Awal 1444H
|
DiKemaskini Pada Rabu, 04 Januari 2023 19:04
Jumlah Capaian Ke Laman ini :37 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
|
Jumlah Pelawat : | 1795121 | (Statistik Penuh) |
|