Lawatan Kerja Menteri Kanan Pertahanan ke Daerah Kemaman |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Sabtu, 07 Januari 2023 16:15 |
Sekitar Lawatan Kerja Menteri Kanan Pertahanan ke daerah Kemaman. Pada hari ini, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Bukit Mentok menerima kunjungan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia. Ketibaan beliau disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pegawai Daerah Kemaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kemaman di Landing Point Zoo Kemaman.
Setibanya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Bukit Mentok, YB Menteri Kanan Pertahanan telah diberi taklimat ringkas oleh pengerusi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tersebut. Beliau juga berkesempatan melawat dan bertanya khabar mangsa-mangsa terjejas banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan mangsa banjir yang disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Turut beramah mesra bersama petugas-petugas serta anggota keselamatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tersebut.
Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, YB Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kawasan Kemaman, YDH. Superintendan Hanyan bin Ramlan, Ketua Polis daerah Kemaman serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.
23 Disember 2022 | Jumaat
28 Jamadil Awal 1444H |
DiKemaskini Pada Sabtu, 07 Januari 2023 16:40
Jumlah Capaian Ke Laman ini :37 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
|
Jumlah Pelawat : | 1795143 | (Statistik Penuh) |
|