Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana Negeri PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Ahad, 08 Januari 2023 13:45
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana Negeri. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mohktar, Menteri Besar Terengganu di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kemaman pada hari ini. Mesyuarat secara hybrid itu melibatkan bersama Pegawai-pegawai Daerah dari seluruh negeri Terengganu serta ketua-ketua jabatan.
Turut hadir secara fizikal ke mesyuarat tersebut, YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Kawasan Cukai, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, ADUN Kawasan Kemasik, YB Haji Ab. Razak bin Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) serta ketua-ketua jabatan negeri Terengganu.
Sejurus selesai mesyuarat khas tersebut, YAB Menteri Besar turut meluangkan masa ke Bilik Gerakan Bencana (PKOB) di Tingkat 3 Pejabat Daerah Kemaman. Beliau turut diberi taklimat ringkas berkenaan pengoperasian Bilik Gerakan Bencana (PKOB) serta data-data terkini mangsa banjir di daerah Kemaman. YAB Menteri Besar bersama isteri Toh Puan Seri Faezah binti Tuan Abd Rahman terus bergegas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Binjai bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut serta menyampaikan sumbangan kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.
23 Disember 2022 | Jumaat
28 Jamadil Awal 1444H

 

DiKemaskini Pada Ahad, 08 Januari 2023 14:08
Jumlah Capaian Ke Laman ini :40 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN
Jalan Sentosa, 24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-8591971/8591972
09-8591963/8591713
FAX PTK: 09-8594401
FAX PDK: 09-8594954
E-Mail E-mail PDTK :
ptkemaman[at]terengganu[dot]gov[dot]my
pdk[at]terengganu[dot]gov[dot]my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman
Perkhidmatan Online
Kaunter Pendaftaran
Kaunter Bayaran Cukai Tanah
Kaunter Pembangunan dan Pelupusan Tanah
Jadual Penghulu Bertugas & Penyaksian
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan
Di kemaskini Pada :
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
Jumlah Pelawat :
1795169
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    Visit Terengganu : http://www.terengganutourism.com    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday563
mod_vvisit_counterYesterday718
mod_vvisit_counterThis week2939
mod_vvisit_counterLast week4906
mod_vvisit_counterThis month1281
mod_vvisit_counterLast month17404
mod_vvisit_counterAll days1795169

QR Kod PDTK :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman