Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana Negeri |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Ahad, 08 Januari 2023 13:45 |
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana Negeri. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mohktar, Menteri Besar Terengganu di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kemaman pada hari ini. Mesyuarat secara hybrid itu melibatkan bersama Pegawai-pegawai Daerah dari seluruh negeri Terengganu serta ketua-ketua jabatan.
Turut hadir secara fizikal ke mesyuarat tersebut, YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Kawasan Cukai, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, ADUN Kawasan Kemasik, YB Haji Ab. Razak bin Ibrahim, ADUN Kawasan Air Putih, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) serta ketua-ketua jabatan negeri Terengganu.Sejurus selesai mesyuarat khas tersebut, YAB Menteri Besar turut meluangkan masa ke Bilik Gerakan Bencana (PKOB) di Tingkat 3 Pejabat Daerah Kemaman. Beliau turut diberi taklimat ringkas berkenaan pengoperasian Bilik Gerakan Bencana (PKOB) serta data-data terkini mangsa banjir di daerah Kemaman. YAB Menteri Besar bersama isteri Toh Puan Seri Faezah binti Tuan Abd Rahman terus bergegas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Binjai bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut serta menyampaikan sumbangan kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.
23 Disember 2022 | Jumaat
28 Jamadil Awal 1444H
|
DiKemaskini Pada Ahad, 08 Januari 2023 14:08
Jumlah Capaian Ke Laman ini :39 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Selasa 31 Januari 2023, 15:49
|
Jumlah Pelawat : | 1795138 | (Statistik Penuh) |
|