PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH/PENTADBIR TANAH |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Rabu, 30 Mei 2012 16:50 |
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan berkat taufik dan hidayahNya kita diberi kesempatan untuk mengharungi satu lagi permulaan episod kehidupan dalam tahun 2022 dan meninggalkan tahun 2021 yang penuh cabaran dan liku-liku serta pengajaran buat kita semua. Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2021. Sesungguhnya warga PDTK menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Semoga kita semua menjadi pemikir, pemimpin perubahan, perancang dan pelaksana yang dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak berkepentingan (stakeholder) dan dapat menggunakan sumber yang ada secara optimum dan bersasaran supaya memberikan impak yang tinggi. Selaras dengan semangat tahun baharu 2022, marilah kita mempertingkatkan azam untuk membawa Negeri Terengganu amnya dan Daerah Kemaman khususnya ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Insya-Allah dengan usaha gigih dan disiplin yang tinggi serta berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni kita mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2022. Kejayaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dalam semua bidang seperti sosio ekonomi, keselamatan, kesihatan, infrastruktur, kesejahteraan hidup dan lain-lain amat bergantung kepada kerjasamasa semua jabatan dan agensi yang ada. Kolaborasi dan koordinasi antara semua jabatan dan agensi di daerah dan negeri memungkinkan kerja berpasukan dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti pandemik COVID-19 dan bencana banjir pada tahun 2022. Bersamalah kita mengamalkan norma baharu untuk mengekang penularan COVID-19 pada tahun 2022. Semoga kerjasama dan hubungan erat ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan membangunkan lagi Daerah Kemaman serta mencapai status bandar paling bahagia di Malaysia di bawah Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia oleh PLAN Malaysia. Konsep pembangunan 3P iaitu Pembangunan Fizikal / ICT, Pembangunan Proses Kerja (Work Flow) dan Pembangunan Nilai Bersama (Shared Values) boleh mengubah lanskap pembangunan yang lebih komprehensif. Ekonomi Daerah Kemaman yang turut menyumbang kepada KDNK tertinggi kepada Negeri Terengganu harus disokong dengan pembangunan fizikal / ICT berimpak tinggi dan bersasaran. Seiring dengan perkembangan zaman digital yang semakin pesat juga menuntut proses kerja yang lebih cepat, tepat dan betul. Disamping itu juga, pembangunan nilai bersama harus bergerak seiring dan diberi perhatian dalam organisasi dan masyarakat untuk mewujudkan suasana kehidupan yang lebih bahagia, harmoni, kondusif, berintegriti, beretika dan bersahsiah mulia dengan menerapkan nilai kebersihan sebahagian daripada iman dalam setiap individu bermula pada peringkat pendidikan kanak-kanak lagi. Dengan semangat dan azam baharu tahun 2022, kita sebagai warga kerja dalam semua jabatan diseru untuk terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, cemerlang dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggjawabkan demi memberikan kehidupan yang selesa dan bahagia kepada masyarakat. Formula 5Q yang menggarapkan pembangunan sumber manusia secara bersepadu dan komprehensif mampu melahirkan pejawat awam yang boleh melaksanakan pelbagai tugas (multitasking), berketerampilan dan cemerlang. Formula 5Q iaitu Intelligent Quotient (IQ) , Skill Quotient (SkQ), Emotional Quotient (EQ), Spiritual Quotient (SpQ) dan Physical Quotient (PQ) boleh merangsang semangat untuk melakukan perubahan berterusan bagi mencapai modal insan yang cemerlang merangkumi duniawi dan ukhrawi serta menghindarkan kita sentiasa berada dalam kehidupan zon selesa (comfort zone). Akhir kata, didoakan semoga kita semua terus beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa serta saling memperkukuhkan sinergi serta tekad kita. Sekiranya kita semua bersatu hati dan sepakat, kita dapat membina satu pasukan yang mantap dan kukuh untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2022. Selamat Tahun Baharu 2022 kepada semua warga kerja PDTK, seluruh masyarakat Kemaman dan Terengganu serta seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun 2022 menjadi tahun yang lebih cemerlang, bahagia serta mendapat keberkatan-Nya bagi kita semua Insya-Allah. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
ENCIK AHMAD FARHAN BIN ABDUL WAHAB Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kemaman |
DiKemaskini Pada Sabtu, 12 Mac 2022 16:36
Jumlah Capaian Ke Laman ini :10472 kali. |
Peta Laman | Terma Dan Syarat | Dasar Privisi | Dasar Keselamatan | Piagam Pelanggan | Bantuan |
Di kemaskini Pada : |
Sabtu 25 Mac 2023, 20:17
|
Jumlah Pelawat : | 1826361 | (Statistik Penuh) |
|