Sambutan Tahun Baru 2013 Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 30 Desember 2012 04:00

ambang2013 ambang20132

31 Disember 2012 – Sempena sambutan tahun baru 2013, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan pelbagai jabatan dan JKKK seluruh Kemaman, antaranya ialah kejohanan futsal, pertandingan karaoke, pertandingan masakan dan gerai jualan.

Program bermula dengan Kejohanan Futsal Antara JKKK Daerah Kemaman yang telah diadakan pada 28 Disember 2012 dan berlangsung selama tiga hari. Dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori JKKK dan Kategori Terbuka JKKK, telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan masing-masing 28 pasukan dan 32 pasukan bagi setiap kategori. Acara akhir telah diadakan pada 31 Disember 2012 dengan pasukan dari JKKK Geliga Jambatan menjuarai Kategori JKKK manakala pasukan JKKK Kg. Fikri menjuarai Kategori Terbuka JKKK.

Read More

Pertandingan masakan tradisional seperti masakan laksam dan kuih-muih yang berasaskan ubi dan pisang oleh JKKK Daerah Kemaman yang mengambil bahagian telah diadakan pada 31 Disember 2012. Bagi kategori laksam, JKKK Kg. Batu 4 Binjai telah menjadi juara manakala JKKK Kg. Jaya telah menjadi juara bagi kategori kuih-muih tradisional berasaskan ubi dan pisang.

Majlis juga diserikan dengan beberapa cabutan bertuah yang telah disempurnakan oleh isteri Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Hajjah Norliza binti Mahmud.