Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 06 Februari 2013 04:00

maulud2013 maulud20132

7 Februari 2013 – Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah menganjurkan pertandingan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman bertempat di Padang Astaka, Bandar Chukai Kemaman. Majlis yang bermula seawal jam 7.00 pagi telah dimeriahkan dengan penyertaan dari pelbagai jabatan kerajaan, NGO, sekolah rendah dan menengah serta JKKK dari seluruh Daerah Kemaman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad b. Said kira-kira jam 1.30 petang. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih, Y.B Haji Wan Abdul Hakim b. Wan Mokhtar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemasik Y.B Ir. Rosli b. Othman dan ramai lagi.

Sepanjang berlangsungnya pertandingan, turut disertakan beberapa cabutan bertuah untuk peserta-peserta pertandingan. Antara hadiah yang disediakan ialah sebuah motorsikal, televisyen, peti sejuk, mesin basuh, basikal dan lain-lain .

Kemuncak acara ialah pengumuman juara bagi kategori jabatan kerajaan / swasta / NGO yang berjaya disandang oleh Petronas. Naib johan pula disandang oleh TATiUC dan Pesama Timber di tempat ketiga. Bagi kategori JKKK, gelaran juara telah Berjaya disandang oleh JKKK Taman Perumahan Gong Pauh. Bagi Kategori Wanita pula, Wanita KETENGAH telah Berjaya mendapat tempat pertama. Manakala Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Baru Kerteh masing-masing menjuarai kategori sekolah menengah dan rendah.

DiKemaskini Pada Selasa, 18 Februari 2014 16:31
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3171 kali.