Tahniah ! Kumpulan Geo-Smart Mendapat Anugerah Emas dalam Regional Convention On Team Excellence (ICC) Wilayah Pantai Timur Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 24 July 2013 04:00

kik geosmart kik geosmart1

25 Julai 2013 - Kumpulan Geo-Smart yang mewakili Pejabat Tanah Kemaman merupakan satu diantara 2 pasukan mewakili sektor awam dalam pertandingan KIK Regional Convention On Team Excellence (ICC) Wilayah Pantai Timur di Bukit Gambang Resort City Kuantan yang dianjurkan oleh MPC.

Antara anugerah yang diberi adalah anugerah emas, perak dan gangsa. Kumpulan Geo-Smart dengan i-STAR (Sistem Maklumat Tanah Rezab) yang diwartakan untuk kegunaan awam dibawah seksyen 62 Kanun Tanah NEgara secara berkomputer telah mendapat Anugerah Emas.

Pihak pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi penghargaan kepada Kumpulan Geo-Smart dan berharap pasukan tersebut lebih maju jaya dalam KIK sehingga ke peringkat Antarabangsa.