Pengauditan Persijilan 5S Oleh MAMPU Cetak
Oleh Administrator   
Selasa, 24 September 2013 04:00

audit5s 1 audit5s 2

25 September 2013 - Wakil MAMPU telah menjalankan Pengauditan 5S di kesemua 10 Zon 5S Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman bermula jam 8.30 pagi. Sebelum pengauditan dijalankan, satu taklimat mengenai 5S Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman telah dibentangkan oleh Penolong Penyelaras iaitu Puan Nor Sophia Azura binti Mohd Husin.

Pengauditan 5S dilaksanakan oleh Encik Ahmad Zaki bin Md. Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat  Dan Pengiktirafan. Pengauditan terhadap zon dan dokumentasi selesai dilaksanakan pada pukul 2.30 petang di bilik Mesyuarat Tingkat 1, Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman.

Segala saranan dan cadangan yang dikemukakan akan diperbaiki dengan segera. Warga PDTK berharap dan berdoa akan memperolehi Sijil 5S selepas ini.