Inovasi Pejabat Tanah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 26 Oktober 2013 04:00

Inovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua sektor termasuk sektor swasta mahupun sektor awam. Pihak Pengurusan Organisasi perlu berjiwa Kreatif dan Inovatif bagi memastikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi benar-benar dihayati dan menjadi budaya kerja dalam organisasi.

Dalam memupuk budaya Kreatif dan Inovatif, Pejabat Tanah Kemaman telah membangunkan beberapa sistem.

Antara Inovasi yang telah dibangunkan oleh Pejabat Tanah Kemaman ialah:

1. Sistem Pendaftaran Permit(SPERM) - Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pendaftaran permit

2. I-Star - Untuk memudahkan carian maklumat tanah rezab

3. Sistem Pendaftaran Surat(SIDAS)

4. Sistem Fail(SISFAIL) - Untuk membuat carian dan mengetahui perjalanan serta lokasi fail

5. Sistem Daftar Pengeluaran Hakmilik(SDPH) - Untuk mendaftar hakmilik yang telah dikeluarkan

6. Lampu Ajaib - Untuk siapkan geran dalam masa satu hari. Ia akan dinyalakan apabila pemohon          membayar premium 5A.Tujuan lampu dinyalakan supaya pegawai yang terlibat bersedia untuk menjalankan tugas masing-masing.

Inovasi yang dilakukan ialah hasil cetusan idea-idea yang Kreatif dan Inovatif yang dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan yang mampu memberi kesan positif kepada pelanggan supaya pelanggan merasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.