Penganugerahan Sijil 5S Cetak
Oleh Administrator   
Rabu, 06 November 2013 04:00

anugerah5s 1 anugerah5s 2

7 November 2013 - Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Pensijilan 5S bertempat di Bilik Syarahan, Aras 3, Pejabat Daerah Kemaman . Pada sesi majlis tersebut,  Encik Rosman bin Roslan telah menyerahkan sijil ‘5S’ tersebut kepada Pegawai Daerah Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman.

Pejabar Daerah dan Tanah Kemaman telah diaudit oleh pihak MAMPU iaitu diwakili oleh Encik Ahmad Zaki bin Md. Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat Dan Pengiktirafan pada 26 September 2013 dan berjaya untuk menerima  pensijilan 5S dengan cemerlang.

Tuan Haji Mohamad Kamil mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga PDTK di atas usaha serta komitmen dalam kerja berpasukan yang tinggi sehingga berjaya dengan memperolehi persijilan. Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dicontohi oleh jabatan yang lain dalam usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai bertukar iaitu Cik Nur Dinie binti Abdul Jalil ( Penolong Pegawai Undang- Undang ) dan Puan Nor Sophia Azura binti Mohd Husin ( Penolong Kanan Pentadbir Tanah ) dan kakitangan yang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, kakitangan yang menyambut hari lahir, kakitangan yang baru melangsungkan perkahwinan dan kakitangan yang mendapat cahaya mata.

MasMampuTrgMscJpaQrcode
DiKemaskini Pada Selasa, 12 Agustus 2014 14:47
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3324 kali.