Majlis Perjumpaan Bulanan Cetak
Oleh Administrator   
Jumaat, 04 Januari 2013 04:00

p bulanan p bulanan1

5 Januari 2014 – Satu majlis perjumpaan bulanan antara Pegawai Daerah bersama pegawai dan kakitangan PDTK di Bilik Syarahan, Aras 3, Pejabat Daerah Kemaman telah diadakan pada jam 8.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan memperkenalkan pegawai dan kakitangan PDTK yang baru dan seterusnya penyampaian amanat oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman kepada semua pegawai dan kakitangan.


Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, kakitangan yang menyambut hari lahir, kakitangan yang baru melangsungkan perkahwinan, kakitangan yang mendapat cahaya mata, anak kakitangan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini serta kakitangan yang bertukar iaitu Zakaria bin Ali yang bertukar ke Pejabat Pertanian Daerah Kemaman.