Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Khamis, 16 Januari 2014 04:00

banjir mb2 banjir mb

17 Januari 2014 – Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Daerah Kemaman telah diadakan di Perkarangan Masjid Pasir Gajah, Jumaat lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said bermula pada jam 9.00 pagi.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Toh Puan Seri Hajah Norliza bt Mahmud, isteri kepada Y.A.B Menteri Besar Terengganu, ADUN Air Putih, Y.B Haji Wan Abdul Hakim b. Wan Mokhtar, ADUN Kemasik Y.B Ir Rosli b. Harun, Ketua Bahagian Komunikasi Strategik Petronas Wilayah Timur, Norliza Kamaruddin dan wakil-wakil dari Resort World Kijal, Yayasan Sultan Mizan Kuala Terengganu, Kelab T-Team Terengganu, Ladang KETENGAH Perwira dan lain-lain.


Majlis bermula dengan ucapan aluan oleh Y.B ADUN Air Putih dan diikuti dengan ucapan oleh Tuan Pegawai Daerah, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman. Acara pertama merupakan penyampaian anugerah JKKK Cemerlang disempurnakan oleh Y.A.B Menteri Besar. Seramai 21 JKKK yang menerima anugerah cemerlang bagi Daerah Kemaman, antaranya ialah JKKK Kg. Paya Berenjut, JKKK Kg. Besut, JKKK Telaga Papan dan JKKK Kg. Seri Permai.

Pada majlis berkenaan, Ketua Bahagian Komunikasi Strategik Petronas turut menyerahkan replika cek bernilai RM3.4 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kemaman dalam bentuk baucer pembelian makanan.

Mangsa banjir turut menerima bantuan televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal yang dihantar terus ke rumah mangsa banjir, sumbangan daripada SKMM.