Majlis Penyampaian Bantuan banjir Oleh Y.A.B Perdana Menteri Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 11 Januari 2014 04:00

12 JANUARI 2014 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kemaman, Terengganu pada Ahad untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di samping meraikan anggota sukarelawan peringkat negeri Terengganu.Helikopter yang membawa perdana menteri mendarat di Chukai kira-kira jam 9.45 pagi dan beliau terus ke Padang Astaka, Taman Bandar, untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa banjir.

Bantuan kepada manngsa banjir kali ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.Bantuan banjir peringkat nasional itu, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat yang ditimpa musibah.

Antara produk yang diterima mereka ialah peti sejuk yang disumbangkan Umno, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.Selain itu, keluarga mangsa terbabit turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri menjadikan keseluruhan nilai bantuan adalah RM7,000 setiap keluarga.