Pertandingan Selawat dan Malam Cinta Rasul Kemaman Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman Tahun 1435H/2014M Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 23 Februari 2014 04:00

 

selawat selawat2

24 Februari 2014 – Sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini, satu pertandingan selawat dan pada sebelah malamnya program Malam Cinta Rasul Kemaman Berselawat telah diadakan bertempat di Taman Bandar Chukai, Padang Astaka Isnin lalu.

Pertandingan selawat yang bermula pada jam 8.00 pagi telah diadakan mengikut kategori sekolah, masjid dan JKKK dan telah dirasmikan oleh Pegawai Agama Daerah Kemaman. Majlis dimulakan dengan selawat pembukaan, pertandingan selawat dan persembahan khas.

Pegawai Daerah, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

 

Malam Cinta Rasul Kemaman Berselawat bermula jam 9.00 malam dengan persembahan selawat dan tazkirah agama oleh Ustaz Mustafa Kamal. Majlis berakhir kira-kira jam 10.45 malam.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 10 Mac 2014 19:03
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2402 kali.