Perjumpaan Bulanan Pegawai Daerah Bersama Pegawai dan Kakitangan PDTK Dan Majlis Gotong Royong Jabatan Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 07 April 2014 13:53

perjumaan groyong (1) perjumaan groyong (2)

25 Februari 2014 – Majlis Perjumpaan  Pegawai Daerah dan Tanah Kemaman bersama kakitangan telah diadakan di Bilik Syarahan , Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman pada jam 8.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan memperkenalkan pegawai PDTK yang baru, iaitu Encik Che Ku Mohd Izmuddin bin Che Ku Mahmood, Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) dan Encik Mohamad Hafiz bin Che Awang, Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan & Teknikal). Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman kepada semua pegawai dan kakitangan.

 

Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, kakitangan yang menyambut hari lahir, kakitangan yang baru melangsungkan perkahwinan, dan kakitangan yang mendapat cahaya mata. Disamping itu juga, sedikit sumbangan telah diberikan kepada kakitangan yang dimasukkan ke wad baru-baru ini.

Aktiviti gotong-royong dijalankan mengikut unit masing-masing dan telah dibahagikan kepada beberapa zon.

DiKemaskini Pada Isnin, 07 April 2014 13:54
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2936 kali.