Forum Perdana Dun Kemasik Cetak
Oleh Administrator   
Khamis, 10 April 2014 00:00

4 APRIL 2014 – Forum Perdana yang bertajuk “Ke Mana Tujuan Kita” telah diadakan bertempat di Padang Rumah Murah, Kemasik, Kemaman. Majlis yang berlangsung pada jam 8.30 malam menampilkan Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah dan Ustaz Haslin Baharin @ Ustaz Bollywood sebagai panel, manakala Ustaz Muhammad Ramli bin Nuh sebagai moderator.

Antara yang turut hadir ialah Y.B Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Y.B Ir. Rosli bin Othman dan isteri.Pelbagai isu agama dan isu semasa telah dikupas dan dibincangkan dalam forum tersebut. Kehadiran hadirin yang ramai dan amat memberangsangkan telah menjayakan program Forum Perdana ini.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 03 Mei 2014 15:28
Jumlah Capaian Ke Laman ini :4001 kali.