Pelancaran Pelan Strategik Dan Pelan Pengurusan Risiko Serta Pejumpaan Bulanan Pegawai dan Kakitngan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 07 April 2014 00:00

7 April 2014 – Majlis Pelancaran Pelan Strategik dan Pelan Pengurusan Risiko 2013-2016 Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman serta Majlis Perjumpaan Kakitangan dan Pegawai Daerah Kemaman telah diadakan di Bilik Syarahan 1, Tingkat 3, Pejabat Daerah Kemaman.

Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman kepada semua pegawai dan kakitangan. Pada majlis berkenaan, Tuan Pegawai Daerah sempat membacakan sebuah puisi untuk kakitangan dan pegawai PDTK.

 

Seterusnya pelancaran Pelan strategik dan Pelan pengurusan Risiko PDTK telah dirasmikan oleh Y. Bhg Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman, Pegawai Daerah Kemaman/Pentadbir Tanah Kemaman dengan diiringi oleh Ketua Penolong Pentadbir Tanah, Encik Rosman bin Roslan dan Penolong Kanan Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Encik Mohd Saiful Anuar bin Mohd Noor.

Majlis telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Majlis pelancaran diserikan dengan acara pemotongan riben bunting oleh Y. Bhg Tuan Pegawai Daerah. Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan, kakitangan yang menyambut hari lahir, kakitangan yang baru melangsungkan perkahwinan, pemberian sumbangan kepada anak kakitangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam STPM dan kakitangan yang mendapat cahaya mata.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 27 Mei 2014 15:42
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3810 kali.