Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JKKK dan Ceramah Motivasi Cetak
Oleh Administrator   
Selasa, 27 Mei 2014 15:16

13 Mei 2014 – Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JKKK dan Ceramah motivasi telah diadakan di Dewan Utama IKBN, Kemasik pada jam 8.00 pagi.Majlis bermula dengan penyampaian ceramah motivasi oleh YM Raja Shamri bin Raja Husin. Majlis penyampaian watikah ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman.Turut dirai ada hari berkenaan ialah mantan pengerusi JKKK dengan penyampaian cenderahati berupa sijil penghargaan dan wang tunai. Sebelum bersurai, majlis diserikan dengan sesi bergambar bersama setiap JKKK.