Majlis Perasmian Pekan Budaya Peringkat Daerah Kemaman 2014 Cetak
Oleh PDK   
Ahad, 01 Jun 2014 00:00

30 Mei 2014 – Majlis Perasmian sempena Karnival Pekan Budaya Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan di Taman Bandar Chukai (Padang Astaka), Kemaman pada jam 8.30 malam dan telah dirasmikan oleh YB Ir. Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Merangkap ADUN Kemasik.


Karnival Pekan Budaya Peringkat Daerah Kemaman telah berlangsung bermula 29 Mei 2014 dan berakhir pada 1 Jun 2014. Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival ialah pameran gerai jualan, pertandingan futsal MAKSAK, program senamrobik, pertandingan muzik (belia), persembahan wayang kulit, persembahan artis dan pertunjukan bunga api.

Sebanyak 33 buah gerai pameran yang terdiri daripada jabatan kerajaan, swasta NGO dan JKKK telah menyertai pertandingan hiasan gerai pameran. Antaranya ialah Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Tati University College (TATiUC), Aman Palestin Kemaman, dan lain-lain. Pejabat Pertanian Daerah Kemaman telah mendapat tempat pertama manakala Pejabat Agama Daerah Kemaman di tempat kedua. Tempat ketiga pula disandang oleh Pejabat Veterinar Daerah Kemaman.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 25 Jun 2014 16:35
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3639 kali.