Perjumpaan Bulanan & Meraikan Pertukaran Pegawai Daerah Kemaman dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Cetak
Oleh PDK   
Selasa, 17 Jun 2014 17:38

1 Jun 2014Majlis Perjumpaan Bulanan Kakitangan dan Pegawai Daerah Kemaman dan meraikan pertukaran Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah telah diadakan di Bilik Syarahan , Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman pada jam 8.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Encik Rosman bin Roslan, Ketua Penolong Pentadbir Tanah yang akan bertukar ke Majlis Daerah Marang. Seterusnya, Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohamad Kamil bin Othman yang akan bertukar ke Pejabat Daerah Kuala Terengganu turut menyampaikan amanat terakhir kepada semua pegawai dan kakitangan. Pada majlis berkenaan, Tuan Pegawai Daerah sempat membacakan sebuah puisi untuk kakitangan dan pegawai PDTK.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan iaitu bagi bulan Mei, pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Cemerlang Peringkat Negeri, pemberian sumbangan kepada anak kakitangan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan kakitangan yang mendapat cahaya mata.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 21 Jun 2014 14:06
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3582 kali.