Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Dan Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Terengganu Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 03 Agustus 2014 14:58

22 Julai 2014 – Majlis Penyampaian Bantuan Banjir dan Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Terengganu, Y.A.B Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman telah diadakan bertempat di Padang Awam Binjai bermula jam 3.00 petang.

Majlis dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran penerima bantuan banjir dan seterusnya ucapan aluan oleh Y.B ADUN Air Putih, Y.B Haji Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Haji Wan Mokhtar. Turut hadir ialah isteri menteri besar, To’ Puan Halina binti Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri merangkap ADUN Kemasik, Y.B Ir Rosli Othman, Pegawai Daerah Kemaman, Dato’ Mustafar Khalid, Mantan ADUN Air Putih, Dato’ Harun Hassan dan Mantan ADUN Chukai, Dato’ Mohamad Awang Tera.

 

Sejumlah keluarga di Kemaman yang ditimpa musibah banjir hujung tahun lalu, bakal menyambut 1 Syawal dengan ceria apabila mendapat bantuan banjir yang disampaikan oleh Y.B Menteri Besar semalam. Penantian lebih setengah tahun itu sedikit terubat apabila bantuan yang diterima menjelang Aidilfitri itu dianggap sebagai ‘duit raya’.

Bantuan yang disampaikan berupa wang tunai bernilai RM 1,500.00 dan RM 500.00 merupakan sumbangan daripada kerajaan Negeri Terengganu. Penyampaian bantuan tersebut telah diagihkan kepada penerima bermula 17 Julai 2014 secara berperingkat iaitu mengikut DUN dan Kampung.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 11 Agustus 2014 19:09
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2987 kali.