Majlis Jamuan Aidilfitri Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 31 Agustus 2014 15:10

20 Ogos 2014 – Majlis jamuan sempena Aidilfitri telah diadakan di perkarangan kediaman Tuan Pegawai Daerah Kemaman. Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang begitu meriah dengan kehadiran pengunjung pelbagai kaum yang membanjiri perkarangan kediaman Tuan Pegawai Daerah sejak dari awal pagi.

Pelbagai juadah istimewa khususnya juadah tradisional sempena musim perayaan seperti lemang, ketupat, tapai, dan beraneka kuih dan biskut raya disajikan disamping pelbagai juadah lain seperti satay, nasi minyak, laksa dan banyak lagi. Terdapat lebih 20 buah gerai yang telah disediakan bagi menyediakan makanan dan minuman untuk pengunjung yang hadir pada majlis berkenaan.

Majlis sambutan juga turut dimeriahkan dengan sesi karaoke oleh Tuan Pegawai Daerah dan isteri, serta kakitangan PDTK yang mewakili setiap unit.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 10 September 2014 13:49
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2663 kali.