Makmal Pertama Majlis Perundingan Rakyat Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 11 Oktober 2014 15:44

17 September 2014 – Makmal pertama Majlis Perundingan Rakyat ( MPR ) Daerah Kemaman telah diadakan di Hotel Vistana Kuantan City Centre selama tiga hari bermula 17 September 2014 hingga 19 September 2014.

Makmal tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap jabatan kerajaan, swasta dan NGO dan Pengerusi JKKK yang telah dilantik sebagai ahli kluster yang terdiri daripada tiga kumpulan yang mewakili 3 kluster iaitu Kluster Ekonomi, Kluster Sosial dan Kluster Infrastruktur.

Majlis perasmian telah diadakan pada 19 September 2014 dan telah disempurnakan oleh Y.B Ir. Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Negeri merangkap Ahi Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kemasik.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 15 Oktober 2014 14:37
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3893 kali.