Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman Tahun 1436H/2014M Cetak
Oleh PDK   
Ahad, 23 November 2014 20:13

13 November 2014 – Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah, Kemaman.

Pertandingan yang disertai oleh pelbagai jabatan kerajaan, NGO serta JKKK diseluruh Daerah Kemaman ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 103 kawah. Pertandingan telah berlangsung dengan meriah walaupun dalam keadaan hujan sejak pagi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Senator Dato’ Hajah Rahmani @ Rohani binti Abdullah, Ahli Dewan Negara Negeri Terengganu kira-kira jam 12.30 tengahari.

Sepanjang berlangsungnya pertandingan, turut disertakan beberapa cabutan bertuah untuk peserta-peserta pertandingan. Kemuncak acara ialah pengumuman juara yang berjaya disandang oleh JKKK Kg. Baru Kemasik. Naib johan pula disandang oleh JKKK Kg. Tengah Neram 1 dan ketiga dimenangi oleh Puspanita Daerah Kemaman. Majlis telah diserikan lagi dengan 7 hadiah saguhati yang mana ia mengambil kira kerjasama pasukan, hiasan, kreativiti dan kelainan.

 

 

DiKemaskini Pada Ahad, 23 November 2014 20:24
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2970 kali.