PERJUMPAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KEMAMAN BERSAMA YBHG DATO’ PEGAWAI DAERAH Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 15 Desember 2014 12:10

19 NOVEMBER 2014 - Majlis Perjumpaan Bulanan Pegawai dan Kakitangan bersama Ybhg Dato’ Pegawai Daerah Kemaman telah diadakan di Bilik Syarahan , Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman pada jam 11.00 pagi.

Majlis dimulakan dengan penyampaian ucapan oleh Ybhg Dato’ Pegawai Daerah, Dato’ Haji Mustafar bin Khalid. Pelbagai nasihat berguna telah dikongsikan sebagai panduan semua pegawai dan kakitangan PDTK.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah kakitangan yang telah dan bakal bersara. pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Cemerlang Bulanan iaitu bagi bulan Julai, Ogos, September dan Oktober. Selain itu, pemberian sumbangan juga diberikan kepada anak kakitangan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, kakitangan yang mendapat cahaya mata dan kakitangan yang baru melangsungkan perkahwinan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.