Latihan Menyelamat Dan Kendalian Bot Cetak
Oleh Administrator   
Selasa, 31 Mac 2015 13:35

24 Mac 2015 - Pejabat Daerah Kemaman dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu Jabatan Laut, jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Hospital Kemaman telah menganjurkan kursus Latihan Menyelamat Dan kendalian Bot bersama agensi dan JKKK Daerah Kemaman. Kursus ini di adakan bertujuan untuk menghadapi banjir akan datang.

Kursus yang bermula pada 24 Mac ini mengandungi pelbagai slot penting untuk para peserta. Antaranya ialah asas perlesenan dan undang-undang, pernana bomba, meyelamat semasa banjir, risiko sebelum/semasa/selepas bencana, penyelenggraraan bot, ancaman jenayah semasa bencana serta langkah-langkah pencegahan.

Pada 25 Mac pula, peserta di bawa ke Water Front kemaman untuk didedahkan dengan peralatan dan normal servis bot, punggunaan life jacke, water confident dan renang, pemanduan dan pengendalian bot. Kursus berakhir pada 26 Mac 2015 dengan peralatan alat ganti ketika kecemasan, CPR dan pertolongan cemas dan seterusnya penyerahan sijil oleh Dato' Pegawai daerah Kemaman, Dato' Haji Mustafar Bin Khalid. Semoga kursus ini memberi banyak manfaat kepada seluruh agensi, JKKK dan pesrta yang terlibat.

DiKemaskini Pada Selasa, 31 Mac 2015 14:05
Jumlah Capaian Ke Laman ini :4546 kali.