Majlis Jamuan Perpisahan Ybhg. Dato Pegawai Daerah Bersama Pegawai dan Kakitangan PDTK Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 27 April 2015 19:20

15 April 2015 – Satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan bertempat di Dewan Syarahan pada Rabu lalu jam 11.00 pagi. Majlis ini diadakan bagi meraikan Ybhg. Dato’ Haji Mustafar bin Khalid yang dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Ybhg. To’ Puan Hajjah Wan Taini binti Wan Ahmad, Y.B Senator Hajjah Rahmani @ Rohani binti Abdullah, Ketua-ketua Jabatan, dan pengerusi JKKK.

Dalam ucapan beliau, Ybhg. Dato’ Mustafar telah melahirkan rasa berat hati untuk meninggalkan Daerah Kemaman, namun menganggap ini adalah satu penghargaan yang besar yang diberikan setelah pengurusan persiapan banjir di Kemaman mendapat pengiktirafan ‘gold standard’ oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan akan dijadikan contoh oleh Kerajaan Pusat sebagai persediaan menghadapi bencana itu di seluruh Negara.

 

 

 

DiKemaskini Pada Isnin, 27 April 2015 20:12
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1715 kali.