Majlis Jamuan Hari Raya 2015 Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman Bersama JKKK Daerah Kemaman Cetak
Oleh Administrator   
Selasa, 04 Agustus 2015 18:50

30 JULAI 2015 – Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah menganjurkan majlis sambutan hari raya 2015 bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi.

Majlis dimeriahkan dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus dari awal hingga berakhirnya majlis. Jemputan terdiri dari semua jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan swasta, semua JKKK Daerah Kemaman dan seluruh warga Kemaman yang terdiri dari pelbagai kaum. Majlis dimeriahkan dengan nyanyian karaoke lagu-lagu raya sepanjang majlis berlangsung serta meraikan persaraan Penghulu Tertinggi Daerah Kemaman, Tuan Haji Zabli bin Abdul Ghani.

Pelbagai juadah tradisi hari raya yang disediakan, antaranya lemang, ketupat, rendang, nasi minyak, nasi dagang, sate dan kuih-muih. Majlis tamat pada jam 2.00 petang.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 08 Agustus 2015 14:51
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1901 kali.