Majlis Penyerahan & Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Kemerdekaan Yang Ke-58 Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 05 September 2015 12:05

25 Ogos 2015 – Sempena menyambut bulan kemerdekaan, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah mengadakan satu majlis penyerahan dan kibarkan jalur gemilang bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah, baru-baru ini.

Majlis bermula pada jam 8.15 pagi dan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kemaman, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Transformasi Terengganu Baharu (TTB), seterusnya ucapan oleh tuan pegawai daerah dan penyerahan jalur gemilang kepada wakil pemandu Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman.

 

Majlis diakhiri dengan laungan merdeka oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Tuan Haji Mohamad bin A. Rahman @ Othman dan acara memasang bendera pada kenderaan-kenderaan jabatan oleh pegawai-pegawai PDTK.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 16 September 2015 15:55
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1930 kali.