Majlis Perjumpaan Pegawai dan Kakitangan PDTK bersama Dato' Pegawai Daerah Cetak
Oleh PDK   
Ahad, 27 September 2015 14:47

7 September 2015 - Satu majlis perjumpaan antara Dato’ Pegawai Daerah bersama pegawai dan kakitangan PDTK di Bilik Syarahan, Aras 3, Pejabat Daerah Kemaman telah diadakan pada jam 8.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh, Pegawai Daerah Kemaman kepada semua pegawai dan kakitangan.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan dan Bulanan, kakitangan yang menyambut hari lahir, kakitangan yang baru melangsungkan perkahwinan, kakitangan yang mendapat cahaya mata serta anak kakitangan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.

 

DiKemaskini Pada Rabu, 30 September 2015 16:23
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2615 kali.