Karnival Pekan Budaya Peringkat Daerah Kemaman 2015 Cetak
Oleh PDK   
Ahad, 18 Oktober 2015 13:26

KEMAMAN – Karnival Pekan Budaya Peringkat Daerah Kemaman bagi Tahun 2015 telah berlangsung bermula 9 hingga 14 Oktober 2015, bertempat di Dataran, Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ir. Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Kemasik pada 9 Oktober 2015. Acara perasmian dimeriahkan dengan persembahan oleh artis jemputan dan lawatan ke gerai-gerai jabatan yang mengambil bahagian.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung-pengunjung sepanjang berlangsungnya karnival antaranya pameran gerai jualan, pertandingan motorcross, kelas anyaman tikar mengkuang, demonstrasi pembuatan budu, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, car boot sale, persembahan artis jemputan dan banyak lagi. Sambutan Hari Sukan Kebangsaan turut diadakan.

Sebanyak 39 buah gerai pameran yang terdiri daripada jabatan kerajaan, swasta dan NGO telah menyertai pertandingan hiasan gerai pameran. Antaranya ialah Majlis Perbandaran Kemaman, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Tati University College (TATiUC), Aman Palestin Kemaman, dan lain-lain. Pejabat Pertanian Daerah Kemaman telah mendapat tempat pertama manakala gerai dari Jabatan Perpaduan Kemaman mendapat tempat kedua. Tempat ketiga pula menjadi milik gerai dari JKR Daerah Kemaman.

Majlis penutup diadakan pada 14 Oktober 2015 dan telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Wan Abdul Hakim, ADUN Air Putih. Karnival Pekan Budaya diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan persembahan oleh artis jemputan.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 15 November 2015 13:51
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2947 kali.