Pertandingan Memasak Bubur As-Syura Peringkat Daerah Kemaman Tahun 1437H/2015M Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 14 November 2015 19:53

12 November 2015 - Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur As-Syura Peringkat Daerah Kemaman bertempat di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah, Kemaman.

Pertandingan yang disertai oleh pelbagai jabatan kerajaan, NGO serta JKKK diseluruh Daerah Kemaman ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 90 kawah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Ir. Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Kemasik kira-kira jam 12.30 tengahari.

Sepanjang berlangsungnya pertandingan, turut disertakan beberapa cabutan bertuah untuk peserta-peserta pertandingan. Kemuncak acara ialah pengumuman juara yang berjaya disandang oleh Majlis Perbandaran Kemaman. Naib johan pula disandang oleh EPIC Berhad dan ketiga dimenangi oleh J3K Kg. Gong Limau. Majlis telah diserikan lagi dengan 10 hadiah saguhati yang mana ia mengambil kira kerjasama pasukan, hiasan/kreativiti dan rasa.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 23 November 2015 15:27
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2757 kali.