Majlis Perjumpaan Dato’ Pegawai Daerah Bersama Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 28 November 2015 15:14

15 November 2015 - Satu majlis perjumpaan antara Dato’ Pegawai Daerah bersama pegawai dan kakitangan PDTK di Bilik Syarahan, Aras 3, Pejabat Daerah Kemaman telah diadakan pada jam 8.30 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh, Pegawai Daerah Kemaman kepada semua pegawai dan kakitangan.

Turut dirai pada majlis tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang menyambut hari lahir, kakitangan yang mendapat cahaya mata, sumbangan kepada kakitangan yang kematian anak serta anak kakitangan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sempena dengan pertandingan memasak bubur as-syura yang diadakan baru-baru ini turut diadakan beberapa cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 12 Desember 2015 16:31
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1773 kali.