LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PUSAT PEMINDAHAN BANJIR 2015 Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 09 Januari 2016 20:04

 

31 DISEMBER 2015 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan rasmi ke pusat pemindahan mangsa banjir di Kemaman bagi meninjau situasi banjir yang berlaku di negeri ini.

Beliau yang diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman memulakan lawatan ke Depoh Simpanan Bekalan Makanan di GDW Felda Seberang Tayor.Selepas itu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid telah diberikan Taklimat Memperkasakan Pengurusan Banjir Daerah Kemaman oleh Pegawai Daerah Kemaman, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh dan diikuti dengan ucapan oleh Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan tersebut, beliau memuji system pengurusan banjir Daerah Kemaman sebagai yang terbaik untuk dijadikan contoh.

Kemudian, rombongan bergerak ke Pusat Pemindahan Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dan menyempurnakan gimik penyampaian bantuan kepada 15 J3K bagi mewakili mangsa banjir di kawasan terjejas.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid juga telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir sebelum menyertai jamuan rakyat bersama penduduk setempat.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Shabery bin Cheek; Ketua Pengarah Nadma (Nasianal Disaster Management Agency), Datuk Zaitun binti Abdul Samad; Yang Berhormat Ketua Setiausaha Negeri Terengganu dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

 

 

DiKemaskini Pada Rabu, 16 Mac 2016 14:01
Jumlah Capaian Ke Laman ini :3054 kali.