Pertandingan "Makanan Sedap Terengganu" Peringkat Daerah Kemaman Sempena Pesona Terengganu 2016 Cetak
Oleh Administrator   
Sabtu, 05 Mac 2016 15:43

20 Februari 2016 – Pertandingan “Makanan Sedap Terengganu” Peringkat Daerah Kemaman Sempena Pesona Terengganu 2016 telah diadakan Sabtu lalu di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lauk-pauk, kuih-muih dan menu istimewa daerah. Penyertaan adalah terdiri daripada Usahawan Daerah Kemaman, J3K Daerah Kemaman, dan sebagainya.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh isteri kepada YB ADUN Air Putih, Puan Hajah Wan Alwiza binti Zawber.

Bagi kategori lauk-pauk, tempat pertama disandang oleh pasukan dari Persatuan Penjaja, tempat kedua disandang oleh Pok Wa Corner manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Ros Merah Senior. Bagi kategori kuih-muih pula, pasukan J3K Kg. Tengah Kerteh telah mendapat tempat pertama, pasukan Pendidik SKK di tempat kedua dan J3K Kg. Jaya di tempat ketiga. Bagi kategori Masakan Istimewa Daerah, pasukan dari Kelab Ibu Tunggal Dun Chukai telah berjaya mendapat tempat pertama, PUSPANITA di tempat kedua, manakala pasukan Cherulicious di tempat ketiga.

Turut diadakan, penyampaian hadiah cabutan bertuah sempena Kempen Bayar Cukai Awal yang bermula sejak awal tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Pegawai Daerah, Encik Rosman bin Roslan.

DiKemaskini Pada Rabu, 16 Mac 2016 14:10
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2027 kali.