Majlis Perjumpaan Tuan Pegawai Daerah Bersama Pegawai dan Kakitangan PDTK Cetak
Oleh PDK   
Ahad, 10 April 2016 13:13

31 Mac 2016 - Satu majlis perjumpaan antara Tuan Pegawai Daerah bersama pegawai dan kakitangan PDTK di Bilik Syarahan, Aras 3, Pejabat Daerah Kemaman telah diadakan pada jam 8.15 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya taklimat oleh Encik Rosman bin Roslan, Pegawai Daerah Kemaman kepada semua pegawai dan kakitangan bersempena gotong-royong yang diadakan pada hari berkenaan.

Latihan Kebakaran turut diadakan bersama-sama Bomba dan Penyelamat Chukai. Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai dan kakitangan tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

 

DiKemaskini Pada Ahad, 17 April 2016 14:23
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1520 kali.