Program ‘Keluarga Bahagia TTB : Perkahwinan Perdana Tahun 2016’ Daerah Kemaman Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 18 Jun 2016 14:59

22 Mei 2016 – Seramai 26 pasangan telah terpilih untuk menyertai program Perkahwinan Perdana Daerah Kemaman yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKNT). Majlis akad nikah telah diadakan pada 14 Mei 2016 lalu di Masjid Sultan Ahmad, Chukai. Majlis yang membabitkan 217 pasangan di lapan buah daerah dinikahkan secara serentak di masjid-masjid yang telah ditetapkan.

 

Majlis resepsi yang diadakan di Padang Astaka, Chukai telah berlangsung dengan meriah dan dengan kehadiran pengunjung-pengunjung dari seluruh Daerah Kemaman. Pengantin telah diarak dengan diiringi kumpulan pesilat dan kompang. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Kemasik, Y.B Ir. Rosli bin Othman dan isteri, ADUN Air Putih, Y.B Hj. Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar dan isteri, Tuan Pegawai Daerah Kemaman, Encik Rosman bin Roslan.

 

Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam usaha membentuk keluarga TTB selaras dengan prinsip ke 3 Transformasi Terengganu Baharu “ Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera”. Objektif program ini adalah membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan serta membantu meringankan beban ahli keluarga yang tidak berkemampuan mangadakan majlis perkahwinan anak mereka.

 

Semua pasangan juga menerima Sijil Simpanan Premium sumbangan kerajaan negeri dan kad nikah yang diserahkan kepada pasangan pengantin pada majlis resepsi tersebut.

 

 

DiKemaskini Pada Sabtu, 25 Jun 2016 14:28
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2030 kali.