Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Bersama J3K dan Agensi Daerah Kemaman 2016 Cetak
Oleh PDK   
Sabtu, 06 Agustus 2016 12:28

25 JULAI 2016 – Majlis sambutan Hari Raya Perdana Bersama J3K dan Agensi Daerah Kemaman 2016 pada 25 Julai 2016 telah berlangsung dengan meriah dan menerima kunjungan orang ramai yang terdiri dari semua jabatan-jabatan kerajaan, NGO dan swasta, semua JKKK Daerah Kemaman dan seluruh warga Kemaman yang terdiri dari pelbagai kaum.

Majlis yang disertai oleh 26 agensi, seperti Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Parlimen Kemaman, Tenaga Nasional Berhad Kawasan Kemaman dan banyak lagi. Majlis turut diserikan dengan nyanyian karaoke lagu-lagu raya sepanjang majlis berlangsung.

Pelbagai juadah tradisi hari raya yang disediakan, antaranya lemang, ketupat, rendang, nasi minyak, nasi dagang, sate dan kuih-muih. Majlis tamat pada jam 1.00 tengahari.

Turut hadir, Y.B Haji Wan Abdul Hakim bin Mokhtar, ADUN Kawasan Air Putih dan isteri.

 

DiKemaskini Pada Isnin, 22 Agustus 2016 18:58
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1752 kali.